Inginkan Side Income?

Rabu, 13 Julai 2016

Selfie, ini Kesannya.!


Kulit cepat tua tidak hanya disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup yang tidak sihat. Namun hobi berselfie, juga memberi kesan penuaan pada kulit. Bagaimana?

Seorang bloggers dari U.K Mehreen Baig yang menceritakan kepada Dailymail, bahawa selfie sebanyak 50 sehari menyebabkan jerawat, bintik hitam, dan tona pada kulit.

Teori ini kemudian dilihat dari lampu biru atau blue light yang dikenali sebagai High-Energy Visible Light (HEV).

Banyak kajian ahli kecantikan mendapati, HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.

Seperti yang disampaikan David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. “Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

Sebab kejadian seperti ini anda harus kurangkan berselfie. Untuk mencegah hal tersebut, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie.

Warna Urin Anda dan Kesannya


Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.



Tidak Berwarna (Lutsinar) – Anda meminum terlalu banyak air.




Warna Pucat jerami – Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.




Kuning lutsinar – Anda Normal




Kuning gelap – Normal, tetapi anda perlu minum selepas ini.




Warna kuning madu – Anda kekurangan air, minum air sekarang.




Berwarna perang – Anda kemungkinan ada masalah hati (liver)




Berwarna merah jambu kemerahan – Adakah anda ada makan bit, blueberri, atau klembak? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Segera jumpa doktor.



Biru Atau Hijau – Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya , walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan.




Warna Ungu – Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.




Berbuih ataupun kabut – Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda. Segera jumpa doktor.

Tips Jimat Elektrik


Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) isu tips jimat elektrik dengan cabut soket atau plug. Menerusi laman sosial, kini viral mengenai tips penjimatan elektrik yang mudah dengan hanya mencabut plug perkakasan elektrik pada soket apabila ianya tidak digunakan.

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket. Tambah kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan untuk mencabut plug daripada soket apabila tidak digunakan dan perlu matikan suiz.

Ikuti kisah benar orang ramai yang menggunakan tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata ianya bukanlah mitos tapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan anda.

Kenyataan rasmi TNB isu tips jimat elektrik hanya cabut plug



Testimoni pengguna guna tips cabut plug jimat elektik

Pengguna 1: Razif Rubaai



Pengguna 2: Liyana Syazwani


Kelebihan Mengurut Kaki Sebelum Tidur


Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di kaki dapat membuatkan badan jadi lebih enjoy, relaks serta otot-otot pada tubuh pun tidak akan mengalami kekejangan.

Terdapat banyak manfaat kesihatan ketika seseorang lakukan urutan kaki setiap malam saat sebelum tidur. Dan berikut adalah beberapa manfaat tersebut .
Meningkatkan Aliran Darah

Perlu diketahui, urut kaki secara teratur dapat membuat aliran darah dalam tubuh semakin baik dan optimal. Selain meningkatkan aliran darah, urut kaki juga akan membuatkan kulit menjadi lebih sihat. Lebih jauh, urut kaki akan membantu mengurangkan pengumpulan lemak jahat di kaki. Untuk penghidap diabetes, melakukan urutan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur dapat membantu proses pengubatan.

Mengatasi Masalah Migrain


Anda ada masalah migrain atau sakit kepala? Jika ya, untuk mengatasinya cuba untuk melakukan urut kaki sebelum tidur. Dengan melakukan urutan kaki serta menekan bahagian tertentu pada kaki boleh mengubati berbagai penyakit termasuk penyakit migrain.

Menurunkan Tekanan Darah


Satu lagi manfaat luar biasa melakukan urutan kaki sebelum tidur adalah ia menurunkan tekanan darah. Bukan itu sahaja, urutan yang sedap di kaki akan membantu fikiran lebih segar, santai dan tenang. Beberapa kajian menyebutkan bahawa urut kaki sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari ketika sebelum tidur akan bantu tubuh melepaskan hormon pemicu kecemasan serta masalah lain termasuk darah tinggi.


Memperbaiki Hubungan Intim Bersama Pasangan


Melakukan urutan kaki menggunakan minyak terapi serta mendengarkan alunan muzik dapat membantu fikiran lebih tenang dan bahagia. Saat fikiran menjadi lebih tenang serta bahagia, boleh dipastikan ia akan memperbaiki hubungan intim anda bersama pasangan. Urutan yang tepat di kaki dipercayai akan meningkatkan gha*rah bercinta seseorang.

Menurunkan Risiko Menopause


Urutan kaki rupanya juga sangat berguna untuk para wanita. Kajian menunjukkan bahawa urut kaki dapat membantu para wanita menurunkan riesiko Menopause. Selain menurunkan risiko Menopause, urut kaki juga efektif mengatasi bengkak pada kaki serta pergelangan kaki saat seorang wanita sedang hamil.

Itulah beberapa faedah mengagumkan dari urut kaki untuk kesihatan. Dengan faedahnya yang banyak, usahakan untuk melakukan urut kaki saat sebelum anda tidur ya. Mudah-mudahan info ini bermanfaat dan kita juga selalu diberikan kesihatan maksimum dan dijauhkan dari semua jenis bentuk penyakit.

Tanda si Dia Sayangkan Anda. PERLU TAHU.!


Kebiasaannya lelaki boleh berdikari dan tidak bergantung dengan pasangannya. Malangnya, ada beberapa lelaki yang terlalu merasakan tidak aman sehingga selalu melekat dengan pasangannya itu. Persoalannya, bagaimana bila perkara ini terjadi dengan anda?

1. Dia tidak mempunyai teman atau kepentingan


Dia tidak pernah menyebutkan mempunyai teman dan bergaul dengan siapa pun kecuali anda. Di luar pekerjaan, dia pun tidak mempunyai minat atau hobi. Atau mungkin dia mempunyai kedua-dua perkara tersebut namun lebih memilih menghabiskan masa dengan anda.

2. Selalu berfikir anda masih mencintai bekas


Dia yakin anda masih mencintai bekas kekasih anda, malah bila realitinya anda telah berpisah selama bertahun-tahun dan sebenarnya perasaan yang anda miliki hanyalah kekecewaan, kebencian, jijik, dan kemarahan. Rasa tidak amannya begitu kuat sehingga merasa tidak boleh melihat sebab dan meyakinkan dirinya sendiri.

3. Dia mengatakan sangat mencintai anda


Terlalu awal dalam hubungan, bila mengatakan bahawa cinta sejatinya adalah anda. Diperlukan waktu yang lama untuk mengenal seseorang dan mencintainya secara mendalam.

Membanggakan, Wanita Malaysia ini berbakat!

Difahamkan, Saraswati yang merupakan seorang jurusolek dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk mengubah dirinya menjadi watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia.

Menerusi akaun Instagramnya @queenofluna, telah berkongsi ‘kehebatannya itu’ sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.


Paling membanggakan hasil kreativitinya itu mendapat perhatian portal antarabangsa seperti Dailymail UK, Metro News Canada dan banyak lagi. Rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati.

Jom tengok antara hasil beliau:

Watak Ariel



Watak Queen of Hearts dari Alice in Wonderland



Watak Jafar, Aladdin



Watak Cruella De Vil dari 101 Damaltians



Watak Si Cantik Manis Mulan


ASB- Keperluan atau Kehendak?


KINI Pinjaman ASB adalah satu cara mudah untuk melakukan investment pada duit simpanan kita, ramai yang telah memohon pinjaman ASB untuk masa hadapan.

Sekarang orang ramai juga sudah boleh membuat pinjaman untuk melabur dalam ASB2.

Persoalannya ialah, adakah ia satu langkah menguntungkan apabila kita meminjam untuk melabur?

Ini kerana apabila kita meminjam, pasti ada kos tambahan seperti kadar faedah yang perlu dibayar sedangkan apabila melabur menggunakan wang sendiri, kita menerima agihan pendapatan secara seratus peratus.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan pelaburan menggunakan pembiayaan bank seperti pinjaman ASB boleh membantu pelabur membina tabungan kukuh dengan syarat ia ia diurus dengan bijak untuk tempoh jangka panjang.

Penasihat Kewangan, Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai PakDi dalam blog perancangan kewangannya, PakDi.net berkata, berdasarkan prestasi agihan pendapatan ASB setakat ini adalah tidak mustahil pelabur memiliki tabungan berjumlah kira-kira RM2 juta sekiranya mereka membuat pembiayaan selama 30 tahun untuk pinjaman maksimum RM200,000.

“Bagaimanapun jumlah tabungan RM2 juta itu hanya mampu dimiliki sekiranya pelabur tidak mengeluarkan agihan pendapatan yang diterima sepanjang tempoh itu,” katanya.

Suzardi berkata, ramai tidak nampak bahawa agihan pendapatan/dividenlah sebenarnya yang membantu pelabur membina tabungan kukuh.

Jika ia tidak dikeluarkan, modal pelaburan boleh berkembang lebih dua kali ganda selepas 10 tahun.

“Dalam sepuluh tahun pertama, kita akan rasa pengembangan pelaburan kita itu sangat perlahan, tetapi selepas sahaja tempoh itu, kita akan melihat ia berkembang dengan pantas.

“Syaratnya hanya satu, jangan mengeluarkan dividen/agihan pendapatan yang diterima,” katanya pada program Santai Labur PNB: Salah Faham dalam Pelaburan ASB – Jom Jadi Bijak yang diadakan baru-baru ini.

Pinjaman ASB dan ASB2 merupakan satu alternatif pelaburan untuk mereka yang kurang berdisiplin apabila melabur menggunakan wang sendiri.

Ia ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, BSN dan Affin Bank. Pembiayaan ini biasanya ditawarkan dengan caj pembiayaan antara 4.0-5.0 peratus setahun dan pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 untuk tempoh 30 tahun.

Suzardi berkata, selagi agihan pendapatan ASB lebih tinggi berbanding caj pembiayaan pihak bank, pelabur akan terus memperoleh keuntungan.

“Justeru dengan menggunakan Pinjaman ASB ini, pelabur sebenarnya berpeluang membina tabungan kukuh terutamanya untuk persaraan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengeluarkan langsung agihan pendapatan,” katanya.

Sayangnya ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan menerusi kemudahan pinjaman ASB ini untuk membina tabungan yang kukuh terutamanya untuk hari persaraan mereka.

Dengan melabur menggunakan Pinjaman ASB, pelabur boleh memulakan pelaburan dengan modal yang besar dan ini membolehkan pelaburan mereka berkembang lebih pantas berbanding sekiranya mereka melabur sendiri setiap bulan.

Namun begitu, ramai yang membuat keputusan mengambil pinjaman ASB tanpa memikirkan keupayaan untuk membayar ansuran bulanan dan akhirnya bergantung kepada agihan pendapatan tahunan untuk membayarnya.

Langkah ini agak berisiko kerana sekiranya agihan pendapatan ASB kurang daripada caj pinjaman, pelabur perlu mengeluarkan wang sendiri.

Bagaimana jika pelabur tiada kemampuan untuk berbuat demikian? Ia mungkin menyebabkan mereka gagal melunaskan pinjaman dan menyebabkan rekod mereka tercalar.

Selain itu, mereka juga tidak memikirkan komitmen masa depan hingga menyebabkan ada yang terpaksa menamatkan pinjaman lebih awal dan ini menyebabkan impian untuk memiliki tabungan kukuh apabila bersara tidak menjadi kenyataan.

Ada pula yang menamatkan pinjaman lebih awal bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana mengambil jalan mudah untuk mendapatkan pulangan kecil yang tidak mampu bertahan lama.

Suzardi berkata, apabila kita membuat Pinjaman ASB, agihan pendapatan perlu diurus dengan baik supaya matlamat pelaburan jangka panjang dapat dicapai.

“Sebagai contoh, kita mengambil pinjaman untuk tempoh 30 tahun tetapi menamatkannya selepas 5 tahun kerana inginkan keuntungan segera daripada agihan pendapatan sebanyak RM50,000.

“Kita mungkin gembira kerana menerima RM50,000, tetapi sebenarnya kita melepaskan peluang untuk memiliki kira-kira RM2 juta sekiranya pinjaman itu diteruskan sehingga tamat tempohnya,” katanya.

Suzardi berkata, walaupun selepas itu kita mengambil semula pinjaman ASB, jumlah yang terkumpul di akhir tempoh pembiayaan adalah tidak sama kerana masa dan agihan pendapatan terkumpul merupakan faktor penting yang membolehkan kuasa faedah kompaun menggandakan modal pelaburan.

“Kalau pun kita perlu mengeluarkan agihan pendapatan berkenaan, jangan keluarkan semuanya, sebaliknya hanya jumlah yang perlu dan untuk tujuan baik seperti membeli rumah.

“Jika tiada keperluan, lebih baik jika ia dibiarkan berkembang,” katanya.

Personaliti Darah "O"



Individu dengan golongan darah O memiliki antigen O pada permukaan sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan dolongan darah O-negatif.

Kelompok darah tiap-tiap orang memiliki keunikkannya semasing, misalnya kelompok darah B yang to the point (bicara apa yang ada tanpa ada bertele-tele), A yang emosian, serta AB yang adem ayem. Namun dari seluruhnya type kelompok darah, yang memiliki kelompok darah O yaitu yang paling sedikit.

Lantas seperti apakah si O ini? Di bawah ini yaitu sifat-sifat khas si O yang populer sangatlah dermawan serta baik. Bila anda mempunyai rakan bergolongan darah O, anda mesti melindungi jalinan kalian baik-baik agar dia tak pergi dari sisimu!

Ini Faktanya:


Orang yang bergolongan darah O itu :

1. Sangatlah menghormati yang namanya relationship, oleh karenanya, mereka pasti sangatlah menghormati yang namanya persahabatan serta mereka ikhlas berkorban untuk itu.

2. Tak umum untuk mengawali suatu jalinan yang akrab dengan orang lain.

3. Bila telah mengambil keputusan untuk lakukan suatu hal, juga bakal ditangani hingga akhir.

4. Ikhlas melepas orang yang disenangi serta cuma memandang kepergiannya dengan bersedih hati namun hingga kapanpun akan tidak pernah disibakkan.

5. Saat ada suatu hal yg tidak dia sukai, dia bakal menutupinya serta bertandingk kuat serta mandiri.

6. Terlihat kuat dari luar serta kerap keluarkan pengucapan yang tajam, namun sesungguhnya dia sangatlah gampang terlukai hatinya.

7. Sangatlah tulus serta ikhlas, dia bakal mengingatmu seumur hidupnya bila anda sangatlah terkesan baginya.

8. Sangatlah gampang terharu.

9. Sangatlah peka serta asal-asalan namun tak perhitungan. Dia suka menolong orang lain, namun kerapkali dia bertandingk tidak paham apa-apa.

10. Menjunjung tinggi yang namanya keadilan, dia kan berupaya meluruskan semua permasalahan yang menurut dia tak sepantasnya ada. Dia juga tak suka pada yang namanya kebohongan serta penipuan.

11. Akan tidak pernah memberi keyakinan pada orang yg tidak dapat dihandalkan maupun pemalas, lantaran si O ini orang yang memiliki komitmen.

12. Berambisius, meskipun telah salah, dia akan tidak pernah menyerah.

13. Meskipun kerap cemas bakal kegagalan, namun dia senantiasa berupaya terlihat kuat dari luar penampilannya.

14. Akan tidak pernah menaruh dendam serta cepat sekali lupa dengan kekeliruan orang lain.

15. Bakal mengingat tiap-tiap kebaikan orang lain.

Apakah anda bergolongan darah O?

Atau orang paling dekatmu yang bergolongan darah O?